Info: December 11, 2011 Posted by: dzul 0 comments

kadang-kadang, kita pernah berasa yg kitalah paling hebat, kitalah orangnya dalam melakukan apa2 perkara yg sukar mahupun rumit. kerana kita merasa kita hebat. tetapi dalam suatu ketika dan keadaan, tiba2 kita hilang semua keyakinan tersebut. saya ungkapkan perkara ‘hebat’ itu tadi sebagai ‘keyakinan’. kerana dorongan ‘keyakinan’ itulah yg kadang-kadang membuatkan kita terus mampu hidup dalam cabaran..tetapi, apa yg telah berlaku sekarang? adakah kita telah hilang keyakinan dan kekuatan tersebut apabila dalam melakukan sesuatu, kita selalu sahaja tersilap langkah. kita selalu sahaja melakukan kesalahan. paling tidak pn, ada sahaja manusia yg menegur bahkan merendah2kn kita dlm sesuatu keadaan. apakah yg telah terjadi kepada diri kita ini sebenarnya? adakah diri sudah tidak ingin mendengar teguran lg? tidak! sama sekali diri ini masih lg positif dalam merima teguran. tetapi jika selalu sgt ditegur, pasti diri terasa seperti ada sesuatu yg tidak kena.

apakah yg sedang berlaku? adakah ini balasan tuhan kepada diri apabila ‘kekuatan’ dan ‘kekuatan’ yg kita sangkakn selama ini membantu kita adalah sebenarnya sifat bongkak dan takbur?? adakah tuhan ingin menunjukkan kepada kita yg sifat2 buruk itu tidak akan selalu mnyebelahi kita? atau mungkin diri ini tidak boleh terima situasi diri ini yg kini berada di bawah? tidak boleh terima fitrah roda kehidupan yg kekadang kite diatas dan kekadang di bawah? tidak! sama sekali diri ini tahu bahawa kehidupan sememangnya begitu. lumrah sememangnya ada yg menang dan kalah. tetapi benar untuk dikatakan yg diri ini tidak berasa seperti dahulu lg. diri seperti berada di bawah..kenapa agaknyer..berharap sungguh agar diri ini peroleh pencerahan. insyaallah..