Info: February 25, 2012 Posted by: dzul 1 comments

kau lahirkanku dengan tangisan tawa,
walau diri ini hanya membawa duka,
tabahnya kau dalam mendidik,
lemahnya diriku dalam sebak,
sabarnya dirimu dengan kerenah,
alpanya diriku dalam seranah,
melihat dirimu berkeringat usia,
tiada ku mngertinya akan jasa,
walau tidak terluah air mata sayu,
kau sediakan diriku akan bahu pilu,
walau tidak terbilang kehendakku,
kau melupakan akan hutangku,
biar bergaris sepi dihadapi,
biar berbalas angin dari khabar,
biar berjauhan mata nan permata,
tapi hati tiada lara,
tapi jiwa tiada duka,
kerna kebahagiaan yg dirasa,
wahai makhluk pujian tuhan,
walau berabadku tidak puas,
tiada doa akan terputus,
kerna anakmu dalam rintihan,
walau dirimu sebaik insan,
akan ku titip dorongan pesanan,
akan ku tuju cahaya bahagia,
kerna itulah harapan darimu, wahai ibuku

ibuku bahagia

ibuku bahagia

alfatihah utk ibu sayangku nurul nazmah, semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman